Tahukah anda, warna juga memainkan peranan dalam menentukan sejauhmana keinginan anda terhadap seks. Ha… jadi jangan sewenang-wenangnya memberitahu orang lain, apakah warna kegemaran anda, kerana dari warna, mereka akan tahu sikap dan keinginan seks anda. Erm… anda juga boleh menilai personaliti dan keinginan seks seseorang itu melalui warna kegemarannya. Ayuh semak warna sensasi seksual pasangan anda!
Warna Hitam
– mereka yang sukakan warna ini mempunyai keinginan seks yang hambar. Mereka juga berkemungkinan bersikap agresif terhadap perkara-perkara yang menimbulkan kemarahan atau menyebabkan mereka tertekan. Si penggemar warna hitam suka menyalahgunakan seks dan berkemungkinan melakukan keganasan sebelum melalukan seks.
Warna Putih
– si penggemar warna putih merupakan golongan yang ekstrim. Golongan ini cukup mudah dipengaruhi oleh perkara-perkara yang menjurus kepada seks. Mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk menunaikan keinginan seks mereka. Golongan ini juga suka melakukan sesuatu perkara yang ganjil demi menarik perhatian orang ramai di sekelilingnya.
Warna Kuning
– berdasarkan sumber, warna kuning digemari oleh golongan homoseksual. Ha… jangan cepat melatah, bukan semua orang yang sukakan warna ini homoseksual. Cuma mereka yang sukakan warna ini adalah seorang yang lemah-lembut dan penyayang. Jadi anda sendiri tahu bagaimana keinginan seks mereka bukan? Erm, mereka amat berhati-hati dalam melakukan seks bersama pasangan mereka.
Warna Oren
– golongan ini dikatakan akan berkhayal terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan intim. Mereka akan mengandaikan diri mereka sebagai pelakon yang menghayati watak dan memberikan komitmen serta persembahan yang terbaik, dalam lakonannya. Malah mereka juga menggunakan bait-bait kata yang lembut dan penuh bermakna dalam memenuhi kehendak khayalan mereka.
Warna Merah
– si penggemar warna merah digelar ‘harimau’. Mereka dikatakan mudah terangsang dengan apa jua perlakuan pasangannya, biarpun ia tidak mengghairahkan. Golongan ini juga menikmati hubungan intim dalam apa jua keadaan.
Warna Hijau
– mereka yang sukakan warna hijau dikatakan naïf dalam melakukan hubungan intim. Mereka adalah golongan pencinta agung, yang bersikap ‘gentle’ tetapi tidak ghairah. Si penggemar hijau adalah mereka yang taat dan setia kepada pasangannya. Tentunya anda tidak akan risau menjadi pasangan mereka kerana mereka sememangnya seorang calon yang terbaik.
Warna Biru
– mereka yang sukakan warna biru dikatakan pasangan yang baik. Mereka bersikap penyayang, ikhlas, dan agak sensitif. Golongan ini akan melayan pasangannya dengan lembut dan tidak akan menghampakan. Hem.. mereka juga bukan jenis yang suka berfoya-foya di luar rumah. Bertuahnya anda!
Warna Coklat
– mereka yang meminati warna coklat dianggap setia pada cinta. Ayat-ayat cinta juga sering bermain di bibir mereka. Mereka seorang yang sensitif dan apabila merajuk, mereka akan mengambil masa yang lama untuk berbaik dan seterusnya melakukan hubungan seksual.
Warna Kelabu
– Ha… anda penggemar warna kelabu? Mereka yang meminati warna kelabu adalah golongan yang teragak-agak dalam melakukan sesuatu. Mereka juga berpendapat hubungan badan dilakukan hanyalah untuk melepaskan ‘tension’, tidak lebih dari itu. Aik kenapa macam tu? Tak baik… jangan lepaskan tekanan harian anda kepada pasangan, lebih-lebih lagi semasa melakukan hubungan seksual!
Apa jua yang anda baca di atas ini adalah ramalan semata-mata. Harus diingat, anda boleh membacanya tetapi jangan memepercayainya. Mungkin apa yang dituliskan di atas ini, hanya boleh dijadikan panduan dan landasan dalam anda mengenali mereka yang berada di sekeliling anda. Selamat menilik!
Sunday, November 25, 2007
Zon Romantika
Penulis amat tertarik dengan pendekatan beberapa pasangan yang mewujudkan zon romantiknya setiap hari. Walau bagaimana sibuk sekalipun, zon romantik tidak pernah diabaikan. Jika dilihat gaya kehidupan kampung, zon romantiknya berbeza dengan pasangan dalam gaya hidup bandar.
Zon romantik adalah waktu konsisten bersama dan memerlukan waktu yang sedikit tetapi berlanjutan.Ia bukanlah waktu untuk membincangkan perkara-perkara yang timbul yang mungkin menimbulkan perselisihan sebelum ini. Tetapi waktu ini merupakan waktu untuk mengenang kembali peristiwa-peristiwa manis kita bersama pasangan.
Ringkas dan bermakna.
Mewujudkan zon romantik boleh dilakukan apabila kedua-duanya minum petang bersama, duduk di luar sambil memerhatikan perubahan senja, berjalan-jalan di sekitar tempat kediaman atau sekadar menghabiskan masa bersama di rumah. Jika kita menetap di rumah pangsa sekali pun, ia bukanlah satu masalah. Zon romantik kita boleh berlaku di bahagian koridor luar kediaman sambil menikmati hembusan angin.
Mengimbas kenangan indah lalu.
Peranan zon romantik adalah untuk mengimbas kembali kebaikan-kebaikan pasangan yang secara langsung akan menjadi pengingat tentang kemanisan hidup mereka sebagai kekasih sebelum dan selepas berkahwin. Jika gaya kehidupan tradisional di kampung-kampung, zon waktu romantik antara pasangan adalah di waktu mereka berehat selepas mengerjakan sawah, menoreh, berkebun atau bertani apabila suami isteri duduk melepaskan lelah sambil menikmati bekal yang dibawa bersama. Berbeza pada zaman kini, waktu dan suasana tersebut sedikit berubah.
Puji-pujian jadi kenangan.
Pasangan perlu memainkan peranan yang bijak untuk menawan hati pasangan dalam zon waktu romantik ini. Pilihlah perkataan-perkataan yang memuji pasangan dan menimbulkan rasa sayang pasangan terhadap kita. Misalnya, Bila petang-petang begini saya teringat pula kisah kita masa mula-mula kenal dahulu. Sampai sekarang saya teringat kata-kata awak sukakan saya. Ingat tak masa kita belajar dulu, awak selalu main mata dari jauh. Segan saya, tapi dalam hati. Terharu saya bila kenangkan zaman universiti dulu. Sanggup abang menunggu saya dari subuh ke tengah hari sekadar nak menemankan saya balik ke kampung, atau Ingat tak cincin yang abang sarungkan di jari saya, dalam hati saya janji pada abang......
Ciptalah wonderland sendiri
Keistimewaan zon romantik ialah ia seolah-olah wonderland atau dunia fantasi untuk pasangan. Setiap kenangan manis diceritakan semula dan penekanan terhadap perkara-perkara positif dalam setiap kenangan itu menjadikan pasangan bersemangat dan menyuntik rasa beruntungnya hidup bersama kita.Zon romantik boleh diwujudkan di tempat yang mencetuskan kenangan pasangan. Di manakah kali pertama kita bertemu atau tempat kita selalu bersama menghabiskan masa. Tidak mengapa jika kita sendiri mempelawanya dan sekali sekala membelanjanya untuk ke tempat-tempat demikian untuk beliau bersetuju dengan pelawaan kita.Apa yang berlaku dalam zon romantik adalah harus dibuat dalam keadaan sedar. Kita menyedari bagaimana aroma kopi panas, kesejukan cuaca malam dan bunyi loceng yang dimainkan, begitu juga kita perlu menyedari kewujudan zon waktu romantik yang dibentuk. Matlamat zon romantik ialah menyegarkan hubungan pasangan bukannya menimbul sesuatu yang baru untuk dibincangkan.
Letak masalah di luar kawasan
Letak masalah yang masih belum selesai di luar zon tersebut. Salurkan kesegaran perhubungan dalam zon tersebut sebagai pelaburan untuk penyelesaian masalah tersebut pada waktu lain. Jangan bimbang jika pasangan kelihatan kurang berinteraksi melalui lisan, mulutnya mungkin diam tetapi otaknya sedang mencerna kenangan-kenangan tersebut yang akan membuat terfikir semula, betapa dihargai dirinya di mata pasangan seperti kita. Masakan tidak jika cerita-cerita manis itu adalah kebaikan-kebaikan dirinya terhadap kita yang dia sendiri telah terlupa.

Coklat Peransang Seks
Hasil dari kajian, didapati bahawa coklat dapat memberikan keseronokan berpanjangan hingga 4 kali berbanding mencium seseorang yang istimewa!
Ini memeranjatkan pengkaji. Mereka berkata “Keputusannya amat memeranjatkan dan menarik minat kami. Ketika kami memang menjangkakan coklat, terutamanya coklat gelap - menaikkan kadar degupan jantung kerana ia mengandungi bahan rangsangan tinggi, peningkatan berpanjangan bersama-sama dengan kesan kuat yang diberi kepada minda ialah sesuatu yang kami tidak jangkakan”.
Kajian mendedahkan bahawa pada ketika coklat cair dalam mulut, semua bahagian otak menerima galakan jauh lebih mengasyikkan dan lebih lama berbanding keseronokan ciuman. Coklat juga membuatkan jantung berdegup lebih laju. Bagi sebahagian dari 12 sukarelawan itu, kadar degupan purata 60 kali seminit telah jadi lebih dari 2 kali ganda iaitu sehingga mencecah 140 kali seminit.
Berikut aku salinkan sebuah artikel yang menyentuh soal coklat, adakah ia perangsang seks?

Subscribe to:
Posts (Atom)