Hasil dari kajian, didapati bahawa coklat dapat memberikan keseronokan berpanjangan hingga 4 kali berbanding mencium seseorang yang istimewa!
Ini memeranjatkan pengkaji. Mereka berkata “Keputusannya amat memeranjatkan dan menarik minat kami. Ketika kami memang menjangkakan coklat, terutamanya coklat gelap - menaikkan kadar degupan jantung kerana ia mengandungi bahan rangsangan tinggi, peningkatan berpanjangan bersama-sama dengan kesan kuat yang diberi kepada minda ialah sesuatu yang kami tidak jangkakan”.
Kajian mendedahkan bahawa pada ketika coklat cair dalam mulut, semua bahagian otak menerima galakan jauh lebih mengasyikkan dan lebih lama berbanding keseronokan ciuman. Coklat juga membuatkan jantung berdegup lebih laju. Bagi sebahagian dari 12 sukarelawan itu, kadar degupan purata 60 kali seminit telah jadi lebih dari 2 kali ganda iaitu sehingga mencecah 140 kali seminit.
Berikut aku salinkan sebuah artikel yang menyentuh soal coklat, adakah ia perangsang seks?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment